Pages

Cara temuduga terbaik untuk jawatan kerajaan?

Betulkah ada cara terbaik untuk melepasi temuduga yang melibatkan jawatan-jawatan dalam kerajaan. Anda tahukan bukannya senang nak lepas. Dari berpuluh calon untuk 1 jawatan ingat senang ke.

Nak bersaing dengan calon kenalah jadi yang terbaik. Bagaimana nak jadi terbaik? persediaan anda, pengalaman anda dan pengetahuan anda. Jika anda ada pengalaman tetapi dari segi pengetahuan, bagaimana? Anda ada formula terbaik untuk mengatasi kelemahan itu.  Saya katakan disini ada caranya tetapi anda janganlah yakin dulu.  Orang kata manusia berilmu sangat berkuasa sehingga dapat menguasai orang yang kurang berpengetahuan. Kalau anda nak jadi cerdik kena berilmu sebab yang tak dapat menjawab bukannya kerana bodoh tetapi kurang berilmu kerana bodoh sangat membiarkan diri kosong.  Begitulah juga dengan bab-bab temuduga kena ada pengetahuan. Saya nak kongsikan ilmu yang saya perolehi dari orang lain. Saya tak kata ianya 100% berkesan tetapi bergantung kepada kepandaian calon sendiri. Taktik itu penting. Tapi tak rasa rugi pun kerana disebab ilmu yang saya perolehi sekarang pun membuatkan impian saya menjawat jawatan dalam kerajaan menjadi kenyataan.

Jadi apakata anda, membiarkan diri ketinggalan atau nak keluar dari kepompong halangan impian anda untuk menjadi penjawat kerajaan. Jadi, tambahkan ilmu anda agar anda tidak berasa rugi kelak. Tidak menjadi sia-sia jika apa yang anda belajar itu membawa manfaat.

Pantang larang dalam persediaan sebelum temuduga

Apa yang aku nak kongsikan disini adalah tentang pantang larang dalam membuat persediaan sebelum menghadapi temuduga. Kalau baik lawannya adalah buruk begitulah calon kena beringat sebelum kena. Nak buat persediaan kena elakkan beberapa perkara.

Macam ni pun ada pantang larang. Mestilah. Takkan bila dah kena baru nak menyesal. Ini pengalaman aku sendiri. Pertama sekali aku nak sentuhkan disini adalah sikap yang suka berangan. Berangan tanpa usaha adalah sia-sia begitulah juga anda berangan boleh mendatangkan sikap overconfident tetapi akibatnya amat buruk. Bukan itu sahaja boleh menghalang fokus anda sendiri. Tak payahlah aku ulas panjang lebar pasal bab berangan anda tahukan keburukan. Jadi, tinggalkan tabiat buruk itu demi menjamin kejayaan anda sendiri.

Panas baran. Kenapa ya. Salah ke jadi manusia pemarah? Tak salah tetapi ianya adalah sikap paling lemah disisi manusia yang memiliki akal. Pernah tak anda semasa temuduga ditanya soalan mencabar atau panel/penemuduga yang kurang senang dengan calon. Aku sendiri pernah kena. Kalau kenalah dengan panel yang marah kat kita dan kita jawab dengan penuh emosi. Tulah silapnya. Menjawab dengan emosi tanpa rasional menunjukkan betapa calon itu sendiri masih kurang matang untuk mengisi jawatan yang memerlukan tahap mentaliti yang tinggi untuk persekitaran mencabar. Sebaik-baiknya, ubahlah sikap dari panas baran kepada manusia penyabar yang suka bermuhasabah diri.

Terlalu yakin. Kita ni manusia biasa je. Tak semua yang kita buat akan berjaya. Kita tidak dilahir ke dunia untuk terus berjaya dalam hidup hingga keakhir hayat. Aku tak nak ulas dengan panjang bab ni. Anda pun tahu sikap terlalu yakin itu adalah satu kelemahan.  Kalau kena dengan soalan 1+1=2 dan betapa senang kita jawab tak jadi masalah. Dalam kes temuduga situasi adalah berbeza.

Jangan suka buat perkara disaat-saat akhir. Ini akan menyebabkan anda mudah menjadi kelam-kabut, hilang tumpuan dan keyakinan pun tergugat. Kalau korang nak tahu kebanyakan perangai kita orang ni suka buat benda last minute kalau ianya mustahak. Dan kalau ada suatu menghalang niat anda, sudah tentu keadaan bertambah sukar. Sebaik-baiknya adalah bersedia lebih awal.

Ni pula bahagian yang paling penting. Kalau nak cari maklumat tu pastikan diri anda bukan jenis yang yakin akan dapat menjawab hanya kerana jawapan berada dalam tangan. Kalau anda nak tahu, setiap calon akan ditanya soalan yang berbeza. Ini adalah strategi mereka. Sebagai contoh, calon pertama ditanya soalan itu dan calon yang masuk kemudian ditanya soalan lain pula walaupun kedua-duanya memohon jawatan sama. Saya pernah kena. Kalau dapat maklumat dalam tangan, tetapi semasa temuduga tidak ada satu pun soalan keluar berkaitan dengan maklumat yang dicari. Terus membisu dibuatnya. Adakalanya panel akan terus tanya kemahiran dan pengalaman anda sahaja dan ada juga ditanya soalan yang berkaitan dengan kehidupan seharian kita.

Cuba tanya diri anda, adakah apa yang saya kongsikan diatas terdapat dalam diri anda juga. Kalau begitu, bertindaklah segera. Kalau masih belum mencukupi, saya kongsikan satu lagi ilmu berguna kepada anda. Kalau bersungguh-sungguh mahu melepasi halangan temuduga apa salahnya rujuk panduan temuduga yang aku nak tunjukkan pada anda. Diharap dengan apa yang saya kongsikan dapat membantu anda kelak.

Cara terbaik dan optimum persediaan temuduga

Apakah persediaan terbaik anda dalam menghadapi temuduga yang bakal anda lalui dalam tempoh terdekat jika dipanggil oleh syarikat yang memberi peluang kepada anda lebih-lebih lagi dalam keadaan anda yang kurang berpengalaman.

Saya disini bukanlah seorang yang lulus setiap kali menghadiri temuduga tetapi kegagalan demi kegagalan yang dilalui dapat memperbaiki kelemahan yang ada pada diri saya untuk menghadapi temuduga seterusnya. Apa yang saya hendak kongsikan disini adalah ringkasan dari pengalaman lalu cara terbaik dan optimum agar persediaan anda dalam menghadapi temuduga nanti lebih teratur, tenang dan tanpa situasi yang membuatkan anda rasa kelam-kabut. Saya hanya ingin menerangkan tentang PERSEDIAAN sahaja sebagai bekalan kepada persediaan anda.

1. Apabila anda mencari perkerjaan dari syarikat yang bertaraf tinggi, adakah anda selidik tentang latarbelakang mereka. Sebagai contoh, ditawarkan temuduga oleh kerajaan. Anda kena selidik dan kumpulkan seberapa banyak maklumat seperti fungsi dan peranan syarikat, siapa pengarah syarikat dan apa sahaja maklumat yang anda perolehi. Kalau ditemuduga oleh panel kerajaan, anda mungkin akan ditanya siapa menteri itu dan ini. Kalau tidak dapat jawab. Habislah. Persediaan seperti ini perlu disegerakan. Jika dipanggil temuduga untuk kerajaan, biasanya akan diberi peluang 1 minggu sebelum dipanggil.

2. Sediakan sijil-sijil anda kemaskan susunannya dalam fail, sediakan pakaian untuk temuduga. Tahu tak kenapa, kerana zaman sekarang perkara yang paling diremehkan oleh calon adalah tidak bersedia lebih awal dan suka buat disaat-saat akhir. Anda tidak tahu apa halangan yang anda bakal hadapi nanti. Persediaan awal adalah penting untuk mengelak situasi kelam-kabut kerana orang berkerja pun susah nak luangkan masa. Jadi bersedia lebih awal lagilah baik.

3. Jangan amalkan makanan yang boleh menjejaskan anda kemudian. Ini pernah berlaku pada saya semasa tengah menunggu untuk dipanggil temuduga. Sememangnya sangat merugikan diri sendiri jika amalan pemakanan yang sihat diabaikan.

4. Tolong jangan fikir benda yang bukan-bukan demi menjaga tahap fokus anda. Kalau boleh elak berfikir sesuatu yang boleh menjejaskan tumpuan anda.

5.  Tidur awal. Majoritinya orang akan buat tidur awal sebab esok nak temuduga. Bukannya esok nak hadir temudga hari ini sajalah tidur awal. Silap cara macam adalah salah sepatutnya amalkan tidur awal sekurang-kurangnya 5 hari sebelum temuduga. Orang sekarang ada yang bekerja dan letih. Tidur awal adalah lebih untuk menjaga fokus anda.

6. Selalu rajin bangun awal pagi. Bagi yang muslim yang selalu bangun untuk solat subuh tahu apa kelebihan orang yang bangun awal selepas cukup waktu tidurnya. Cuba tanya orang suka bangun lewat paling akhir pun bila matahari naik meninggi. Adakah lesu fikiran mereka?

7. Latih diri untuk temuduga dulu untuk memudahkan diri anda. Situasi menghadapi temuduga pasti berbeza dari latihan anda tetapi latihan sebegini adalah demi menjaga tahap keyakinan anda.

8. Yang terakhir, orang kata tanpa ilmu anda akan mencapai satu tahap yang anda tidak boleh lalui. Cara terbaik adalah tanya atau belajar dari orang yang sudah pandai. Begitulah saya, lulus temuduga lepas hanya kerana saya memiliki panduan ini dalam tangan. Korbankan sedikit wang demi untuk mencapai tujuaan anda asalkan bermanfaat tidaklah menjadi salah asalkan berusaha.

Bagi yang ingin benar-benar mahu mendapat pekerjaan, anda terpaksa bersaing dengan calon-calon lain. Jika anda berdepan dengan calon yang berpengalaman dalam bidang yang mereka ceburi janganlah mengalah. Persoalan ‘manalah tahu tuah kalau dapat’ bukanlah yang perlu anda fikir tetapi letakkan diri anda sebagai orang yang mahu belajar dari orang yang lebih berilmu. Itulah yang penting. Sesiapa yang dapat menguasai yang lain adalah disebabkan tahap ilmunya. Nampakkan. Makin banyak yang anda tahu makin senanglah anda. Diharap apa yang saya kongsikan disini dapat membantu anda kelak.