Apa yang aku nak kongsikan disini adalah tentang pantang larang dalam membuat persediaan sebelum menghadapi temuduga. Kalau baik lawannya adalah buruk begitulah calon kena beringat sebelum kena. Nak buat persediaan kena elakkan beberapa perkara.
Macam ni pun ada pantang larang. Mestilah. Takkan bila dah kena baru nak menyesal. Ini pengalaman aku sendiri. Pertama sekali aku nak sentuhkan disini adalah sikap yang suka berangan. Berangan tanpa usaha adalah sia-sia begitulah juga anda berangan boleh mendatangkan sikap overconfident tetapi akibatnya amat buruk. Bukan itu sahaja boleh menghalang fokus anda sendiri. Tak payahlah aku ulas panjang lebar pasal bab berangan anda tahukan keburukan. Jadi, tinggalkan tabiat buruk itu demi menjamin kejayaan anda sendiri.
Panas baran. Kenapa ya. Salah ke jadi manusia pemarah? Tak salah tetapi ianya adalah sikap paling lemah disisi manusia yang memiliki akal. Pernah tak anda semasa temuduga ditanya soalan mencabar atau panel/penemuduga yang kurang senang dengan calon. Aku sendiri pernah kena. Kalau kenalah dengan panel yang marah kat kita dan kita jawab dengan penuh emosi. Tulah silapnya. Menjawab dengan emosi tanpa rasional menunjukkan betapa calon itu sendiri masih kurang matang untuk mengisi jawatan yang memerlukan tahap mentaliti yang tinggi untuk persekitaran mencabar. Sebaik-baiknya, ubahlah sikap dari panas baran kepada manusia penyabar yang suka bermuhasabah diri.
Terlalu yakin. Kita ni manusia biasa je. Tak semua yang kita buat akan berjaya. Kita tidak dilahir ke dunia untuk terus berjaya dalam hidup hingga keakhir hayat. Aku tak nak ulas dengan panjang bab ni. Anda pun tahu sikap terlalu yakin itu adalah satu kelemahan. Kalau kena dengan soalan 1+1=2 dan betapa senang kita jawab tak jadi masalah. Dalam kes temuduga situasi adalah berbeza.
Jangan suka buat perkara disaat-saat akhir. Ini akan menyebabkan anda mudah menjadi kelam-kabut, hilang tumpuan dan keyakinan pun tergugat. Kalau korang nak tahu kebanyakan perangai kita orang ni suka buat benda last minute kalau ianya mustahak. Dan kalau ada suatu menghalang niat anda, sudah tentu keadaan bertambah sukar. Sebaik-baiknya adalah bersedia lebih awal.
Ni pula bahagian yang paling penting. Kalau nak cari maklumat tu pastikan diri anda bukan jenis yang yakin akan dapat menjawab hanya kerana jawapan berada dalam tangan. Kalau anda nak tahu, setiap calon akan ditanya soalan yang berbeza. Ini adalah strategi mereka. Sebagai contoh, calon pertama ditanya soalan itu dan calon yang masuk kemudian ditanya soalan lain pula walaupun kedua-duanya memohon jawatan sama. Saya pernah kena. Kalau dapat maklumat dalam tangan, tetapi semasa temuduga tidak ada satu pun soalan keluar berkaitan dengan maklumat yang dicari. Terus membisu dibuatnya. Adakalanya panel akan terus tanya kemahiran dan pengalaman anda sahaja dan ada juga ditanya soalan yang berkaitan dengan kehidupan seharian kita.
Cuba tanya diri anda, adakah apa yang saya kongsikan diatas terdapat dalam diri anda juga. Kalau begitu, bertindaklah segera. Kalau masih belum mencukupi, saya kongsikan satu lagi ilmu berguna kepada anda. Kalau bersungguh-sungguh mahu melepasi halangan temuduga apa salahnya rujuk panduan temuduga yang aku nak tunjukkan pada anda. Diharap dengan apa yang saya kongsikan dapat membantu anda kelak.