Apakah persediaan terbaik anda dalam menghadapi temuduga yang bakal anda lalui dalam tempoh terdekat jika dipanggil oleh syarikat yang memberi peluang kepada anda lebih-lebih lagi dalam keadaan anda yang kurang berpengalaman.
Saya disini bukanlah seorang yang lulus setiap kali menghadiri temuduga tetapi kegagalan demi kegagalan yang dilalui dapat memperbaiki kelemahan yang ada pada diri saya untuk menghadapi temuduga seterusnya. Apa yang saya hendak kongsikan disini adalah ringkasan dari pengalaman lalu cara terbaik dan optimum agar persediaan anda dalam menghadapi temuduga nanti lebih teratur, tenang dan tanpa situasi yang membuatkan anda rasa kelam-kabut. Saya hanya ingin menerangkan tentang PERSEDIAAN sahaja sebagai bekalan kepada persediaan anda.
1. Apabila anda mencari perkerjaan dari syarikat yang bertaraf tinggi, adakah anda selidik tentang latarbelakang mereka. Sebagai contoh, ditawarkan temuduga oleh kerajaan. Anda kena selidik dan kumpulkan seberapa banyak maklumat seperti fungsi dan peranan syarikat, siapa pengarah syarikat dan apa sahaja maklumat yang anda perolehi. Kalau ditemuduga oleh panel kerajaan, anda mungkin akan ditanya siapa menteri itu dan ini. Kalau tidak dapat jawab. Habislah. Persediaan seperti ini perlu disegerakan. Jika dipanggil temuduga untuk kerajaan, biasanya akan diberi peluang 1 minggu sebelum dipanggil.
2. Sediakan sijil-sijil anda kemaskan susunannya dalam fail, sediakan pakaian untuk temuduga. Tahu tak kenapa, kerana zaman sekarang perkara yang paling diremehkan oleh calon adalah tidak bersedia lebih awal dan suka buat disaat-saat akhir. Anda tidak tahu apa halangan yang anda bakal hadapi nanti. Persediaan awal adalah penting untuk mengelak situasi kelam-kabut kerana orang berkerja pun susah nak luangkan masa. Jadi bersedia lebih awal lagilah baik.
3. Jangan amalkan makanan yang boleh menjejaskan anda kemudian. Ini pernah berlaku pada saya semasa tengah menunggu untuk dipanggil temuduga. Sememangnya sangat merugikan diri sendiri jika amalan pemakanan yang sihat diabaikan.
4. Tolong jangan fikir benda yang bukan-bukan demi menjaga tahap fokus anda. Kalau boleh elak berfikir sesuatu yang boleh menjejaskan tumpuan anda.
5. Tidur awal. Majoritinya orang akan buat tidur awal sebab esok nak temuduga. Bukannya esok nak hadir temudga hari ini sajalah tidur awal. Silap cara macam adalah salah sepatutnya amalkan tidur awal sekurang-kurangnya 5 hari sebelum temuduga. Orang sekarang ada yang bekerja dan letih. Tidur awal adalah lebih untuk menjaga fokus anda.
6. Selalu rajin bangun awal pagi. Bagi yang muslim yang selalu bangun untuk solat subuh tahu apa kelebihan orang yang bangun awal selepas cukup waktu tidurnya. Cuba tanya orang suka bangun lewat paling akhir pun bila matahari naik meninggi. Adakah lesu fikiran mereka?
7. Latih diri untuk temuduga dulu untuk memudahkan diri anda. Situasi menghadapi temuduga pasti berbeza dari latihan anda tetapi latihan sebegini adalah demi menjaga tahap keyakinan anda.
8. Yang terakhir, orang kata tanpa ilmu anda akan mencapai satu tahap yang anda tidak boleh lalui. Cara terbaik adalah tanya atau belajar dari orang yang sudah pandai. Begitulah saya, lulus temuduga lepas hanya kerana saya memiliki panduan ini dalam tangan. Korbankan sedikit wang demi untuk mencapai tujuaan anda asalkan bermanfaat tidaklah menjadi salah asalkan berusaha.
Bagi yang ingin benar-benar mahu mendapat pekerjaan, anda terpaksa bersaing dengan calon-calon lain. Jika anda berdepan dengan calon yang berpengalaman dalam bidang yang mereka ceburi janganlah mengalah. Persoalan ‘manalah tahu tuah kalau dapat’ bukanlah yang perlu anda fikir tetapi letakkan diri anda sebagai orang yang mahu belajar dari orang yang lebih berilmu. Itulah yang penting. Sesiapa yang dapat menguasai yang lain adalah disebabkan tahap ilmunya. Nampakkan. Makin banyak yang anda tahu makin senanglah anda. Diharap apa yang saya kongsikan disini dapat membantu anda kelak.